Sambal Halia
Sangat sesuai untuk membuang angin dalam badan dan untuk memberi kehangatan tubuh
Bahannya :-
Secawan halia yang telah dikisar
Setengah cawan ikan bilis yang telah dikisar
minyak untuk menumis
secukup rasa garam .
Tumis kesemua bahan dengan api yang sederhana hingga warnanya bertukar keemasan seperti serunding.
Makan bersama nasi hangat.
Sambal Lada Hitam
Pembuka selera dan memberi kehangatan tubuh
Bahannya :-
Setengah cawan ikan bilis disangai - ditumbuk kasar
satu sudu makan lada hitam
biji cekur
halia
Tumbuk kesemua bahan diatas dan boleh dimakan. Jika suka boleh juga ditumin dengan sedikit minyak.
Makan bersama nasi hangat.
Buang angin & menyegarkan badan selepas melahirkan.
Ambil segenggam halba dan sanggai tanpa minyak sampai hangus berdempul2. dengan api yg kecil sahaja.Tuangkan 3 cawan air kedalam gorengan halba.Biarkan suam dan tapiskan hampasnya.minum setengah cawan 2 kali sehari.Insyaallah anda akan dapat seribu manfaat dari halba tersebut.Insyaallah

No comments:
Post a Comment